Wednesday 26 February 2014

Asal Usul Teluk Intan, Perak

Asal Usul Teluk Intan, Perak


Asal - Usul Nama Teluk Intan

          Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

            Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.

Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.

Info lain:

  • Nama asalnya ialah Teluk Mak Hitam.
  • Nama asalnya Teluk Mak Intan. Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan
  • Kemudiannya Telok Mak Intan telah di tukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu.

Bentuk Muka Bumi

                     Muka buminya mendatar dan hanya di Changkat Jong dan Tapah agak
tinggi sedikit. Tanah jenis aluvium, hasil limpahan lombong bijih timah daripada Batang Padang dan Lembah Kinta. Airnya keruh. Dahulu, likuan Sungai Perak diTeluk Intan ini penuh dengan hutan nipah dan bakau sehingga tahun 1970. Seberang Teluk Intan mengeluarkan atap nipah dan kayu bakau .

Geografi

             Bandar Teluk Intan di 4`Utara dan 101.5 `Timur , di sebelah pantai Barat Semenanjung Malaysia. Terletak di selatan negeri Perak, merupakan pusat pentadbiran bagi Hilir Perak. Bandar Teluk Intan di lingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini adalah bandar yang terbesar sekali di selatan Perak berbanding dengan Kampar, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datoh. Sungguhpun di luar Lebuh raya Utara Selatan, bandar Teluk Intan terus hidup dan pesat membangun.
                        

            Dari segi kedudukan bandar di Malaysia, Teluk Intan menduduki
tempat ke-17. Di Perak menduduki tempat ketiga. Ini menunjukkan bandar ini sangat penting. Bandar terdekat ialah Sabak Bernam, Bagan Datoh, Bidor, Tapah, Kampar dan Lumut. Bandar ini disambungkan dengan Lebuh raya Kayan ke Manjung, Lumut dan Pulau Pangkor. Laluan ke Tapah dan Bidor.

0 comments:

Post a Comment