Wednesday 26 February 2014

Asal Usul Pengkalan Hulu, Perak

LATAR BELAKANG PENGKALAN HULU, PERAK

                         

                        Keroh merupakan pekan yang terpencil di kawasan perbatasan. Kedudukannya yang unik di mana di bahagian utaranya bersempadan dengan Thailand, sementara di sebelah baratnya pula adalah negeri Kedah. Pekan-pekan yang berhampiran adalah Pekan Daerah Baling di Kedah dan Pekan Daerah Betong di Thailand yang jaraknya adalah lingkungan 15 km dan di negeri Perak pula, Pekan Daerah Gerik adalah yang terhampir iaitu dengan jarak lingkungan 30 km.

                     Sejarah Pengkalan Hulu bermula sebagai pusat pentadbiran Negeri Reman (sebahagian daripada Negeri Patani) yang mana sempadan negerinya adalah Kedah dan Patani. Bagaimanapun, Raja Reman telah menceroboh Kelian Intan dan mengusahakan perlombongan bijih timah di situ, sehinggalah tercetusnya beberapa siri pertikaian dengan Kerajaan Perak dan beberapa perjanjian yang diusahakan antara pihak Inggeris, Siam dan Perak. Pada tahun 1902, Kerajaan Siam telah menghapuskan sistem pemerintahan beraja di Negeri Reman. Setelah itu, Kerajaan Siam telah menyerahkan daerah Hulu Perak kepada Kerajaan Perak. Istiadat penyerahan daerah Hulu Perak dilangsungkan di Kroh pada 16 Julai 1909.
                      

                        Asal-usul nama Pengkalan Hulu bermula dengan sebuah sungai kecil yang mengalir melalui kawasan ini. Sungai yang mengalir ini berpunca dari sebuah kampung yang bernama Selarong. Selarong bermaksud 'denai gajah' dalam bahasa Arab. Sungai ini menjadi tempat mandi dan berkubang gajah-gajah kepunyaan Raja Reman yang bilangannya menjangkau ratusan ekor. Bagi memudahkan gajah-gajah tersebut mandi, Raja Reman telah memerintahkan agar empangan dibina untuk membendung air. Aliran sungai yang diempangkan itu menjadi sebuah tasik kecil dengan keadaan airnya yang sentiasa keruh. Disebabkan itulah bandar ini telah dinamakan sebagai Kroh pada masa dahulu.

                      Pada 4 Januari 1984, semasa pemerintahan Sultan Perak ke-33 iaitu Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah (Sultan Idris Shah II), baginda telah berkenan meminda nama Kroh kepada Pengkalan Hulu kerana tempat ini menjadi tempat persinggahan apabila baginda berangkat ke daerah Hulu Perak. Kini, tinggalan tasik tersebut telah dibangunkan oleh pentadbiran daerah sebagai taman rekreasi yang dinamakan Taman Tasek Takong. 

                       Kaitan antara gajah dengan nama Kroh juga telah diabadikan menerusi logo Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan. Majlis Daerah Pengkalan Hulu sebagai badan yang telah diamanahkan untuk menjadi Badan Perancang bagi merancang dan memperkembang daerah Pengkalan Hulu selaras dengan perkembangan semasa negeri dan negara agar setaraf dengan Majlis-Majlis lain yang setaraf. Semoga segala usaha yang dijalankan akan mendapat manfaatnya di hari mendatang.Majlis Daerah Pengkalan Hulu adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk mentadbir kawasan Majlis yang diwartakan melalui Pk. PU 68/2.12.79 mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
                       

                        Pada dasarnya, bidang tugas Majlis Daerah Pengkalan Hulu adalah meliputi perancangan dalam mencorak dan membangun daerah Pengkalan Hulu ke arah masa hadapan yang dengan lebih teratur dan maju dan memberikan perkhidmatan perbandaran untuk memenuhi keperluan asas dan sosial masyarakat majmuk di dalam kawasan Majlis. Pentadbiran Majlis Daerah Pengkalan Hulu sentiasa bertangunggjawab dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan secara cekap dan berkesan. Sejajar dengan itu Majlis Daerah Pengkalan Hulu akan sentiasa berusaha untuk memberi dan melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkualiti demi untuk kecemerlangan dan kepuasan serta keselesaan penduduk dan juga pengunjung .

2 comments:

  1. Dalam pada itu kampung dan tempat pentadiran tertua diKeroh ialah Kg Tok Balai, Kuak Hulu dimana Penghulunya Abd Mutalib bin Hj Mohd Taib menggunakn kediamannya sebagai pusat pentadbiran, mana sekolah kebangsaan Kuak Luar pula adalah sekolah tertua di huluperak yg ditubuhkan pada 1908..

    ReplyDelete
  2. J.T. casino: No deposit bonus codes 2021 | The jtmhub.com
    Find out how 화성 출장마사지 to get your 수원 출장샵 first deposit bonus, no deposit 사천 출장샵 bonus, and how to withdraw 의왕 출장마사지 free money. Check out our Casino reviews! 논산 출장마사지

    ReplyDelete