Wednesday 26 February 2014

Asal Usul Pengkalan Hulu, Perak

LATAR BELAKANG PENGKALAN HULU, PERAK

                         

                        Keroh merupakan pekan yang terpencil di kawasan perbatasan. Kedudukannya yang unik di mana di bahagian utaranya bersempadan dengan Thailand, sementara di sebelah baratnya pula adalah negeri Kedah. Pekan-pekan yang berhampiran adalah Pekan Daerah Baling di Kedah dan Pekan Daerah Betong di Thailand yang jaraknya adalah lingkungan 15 km dan di negeri Perak pula, Pekan Daerah Gerik adalah yang terhampir iaitu dengan jarak lingkungan 30 km.

                     Sejarah Pengkalan Hulu bermula sebagai pusat pentadbiran Negeri Reman (sebahagian daripada Negeri Patani) yang mana sempadan negerinya adalah Kedah dan Patani. Bagaimanapun, Raja Reman telah menceroboh Kelian Intan dan mengusahakan perlombongan bijih timah di situ, sehinggalah tercetusnya beberapa siri pertikaian dengan Kerajaan Perak dan beberapa perjanjian yang diusahakan antara pihak Inggeris, Siam dan Perak. Pada tahun 1902, Kerajaan Siam telah menghapuskan sistem pemerintahan beraja di Negeri Reman. Setelah itu, Kerajaan Siam telah menyerahkan daerah Hulu Perak kepada Kerajaan Perak. Istiadat penyerahan daerah Hulu Perak dilangsungkan di Kroh pada 16 Julai 1909.
                      

                        Asal-usul nama Pengkalan Hulu bermula dengan sebuah sungai kecil yang mengalir melalui kawasan ini. Sungai yang mengalir ini berpunca dari sebuah kampung yang bernama Selarong. Selarong bermaksud 'denai gajah' dalam bahasa Arab. Sungai ini menjadi tempat mandi dan berkubang gajah-gajah kepunyaan Raja Reman yang bilangannya menjangkau ratusan ekor. Bagi memudahkan gajah-gajah tersebut mandi, Raja Reman telah memerintahkan agar empangan dibina untuk membendung air. Aliran sungai yang diempangkan itu menjadi sebuah tasik kecil dengan keadaan airnya yang sentiasa keruh. Disebabkan itulah bandar ini telah dinamakan sebagai Kroh pada masa dahulu.

                      Pada 4 Januari 1984, semasa pemerintahan Sultan Perak ke-33 iaitu Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah (Sultan Idris Shah II), baginda telah berkenan meminda nama Kroh kepada Pengkalan Hulu kerana tempat ini menjadi tempat persinggahan apabila baginda berangkat ke daerah Hulu Perak. Kini, tinggalan tasik tersebut telah dibangunkan oleh pentadbiran daerah sebagai taman rekreasi yang dinamakan Taman Tasek Takong. 

                       Kaitan antara gajah dengan nama Kroh juga telah diabadikan menerusi logo Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan. Majlis Daerah Pengkalan Hulu sebagai badan yang telah diamanahkan untuk menjadi Badan Perancang bagi merancang dan memperkembang daerah Pengkalan Hulu selaras dengan perkembangan semasa negeri dan negara agar setaraf dengan Majlis-Majlis lain yang setaraf. Semoga segala usaha yang dijalankan akan mendapat manfaatnya di hari mendatang.Majlis Daerah Pengkalan Hulu adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk mentadbir kawasan Majlis yang diwartakan melalui Pk. PU 68/2.12.79 mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
                       

                        Pada dasarnya, bidang tugas Majlis Daerah Pengkalan Hulu adalah meliputi perancangan dalam mencorak dan membangun daerah Pengkalan Hulu ke arah masa hadapan yang dengan lebih teratur dan maju dan memberikan perkhidmatan perbandaran untuk memenuhi keperluan asas dan sosial masyarakat majmuk di dalam kawasan Majlis. Pentadbiran Majlis Daerah Pengkalan Hulu sentiasa bertangunggjawab dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan secara cekap dan berkesan. Sejajar dengan itu Majlis Daerah Pengkalan Hulu akan sentiasa berusaha untuk memberi dan melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkualiti demi untuk kecemerlangan dan kepuasan serta keselesaan penduduk dan juga pengunjung .

Asal Usul Gugusan Manjoi, Ipoh




Sejarah Gugusan Manjoi



GERBANG MANJOI


Asal Usul Gugusan Manjoi

                         Kampung ini telah diasaskan oleh Uda Kidal pada tahun 1900, yang berasal dari Bota, Perak. Dia dan beberapa sahabatnya telah membuka tanah di luar Ipoh ini untuk memulakan penghidupan baru.

                          Menurut cucu Uda Kidal, Abdul Mat Desa, yang masih tinggal di sini,“Manjoi” mengambil sempena nama datuk Uda Kidal, Tok Manjoi, seorang yang alim. Uda Kidal sangat rapat dengan datuknya itu. Tok Manjoi pernah berpesan kepada cucunya itu supaya menjaga tanah di sini dan memastikan pendudukan tidak bertelagah sesama sendiri.

                     Ada juga cerita yang menyatakan nama “Manjoi” diambil dari nama isterinya,The Manja. “Manja” bila disebut dengan dialek Parit, sounds like “manjé”. Akhirnya perkataan tersebut menjadi “Manjoi”

                        Tidak lama kemudian, ramai penduduk, terutamanya dari Parit dan Bota berhijrah ke sini. Kampung Manjoi menjadi bertambah besar dan mulai dikenali sebagai penempatan Melayu di Ipoh. Apabila jumlah penduduknya bertambah, terutamanya selepas kerajaan bersetuju untuk memberi hakmilik sementara kepada penduduknya, lebih banyak kampung dibuka di sini. Sehingga kini, Gugusan Manjoi adalah penempatan Melayu di bandar yang terbesar di Perak, dan di Malaysia.

Cabaran

                          Kurangnya perancangan bila tanah di sini mula-mula dibuka untuk penempatan telah menyebabkan ianya sukar dibangunkan. Kajian menunjukkan bahawa Gugusan Manjoi ketinggalan dari segi pembangunan, berbanding Silibin, Jelapang dan Meru. Kebanyakan rumah-rumah di sini tidak teratur dengan baik, dan 30% dari rumah-rumah di sini adalah dalam keadaan daif. Satu kajian pada tahun 2003 menunjukkan 50% dari penduduk di sini masih hidup di bawah paras kemiskinan. Yang selebihnya adalah dari kelas pertengahan – dari kelas kolar putih dan kolar biru.

Pembangunan

                           Apabila Pelan Perancangan Bandaraya Ipoh (1985) dilancarkan, Kampung Manjoi telah dikeluarkan dari pelan tersebut kerana penduduknya membantah bayaran cukai tanah, cukai pintu, yuran kutipan sampah dan sebagainya. Oleh itu, Manjoi ketinggalan dari segi pembangunan berbanding kawasan lain di Ipoh.

                       Pelan pembangunan tersebut adalah mengikut Pelan Pembangunan  Semula Gugusan Manjoi yang merangkumi lima tahun, bernilai RM300 juta. Matlamat utamanya ialah menjadikan Manjoi pusat komersial dan perkhidmatan sosial. Tugas membangunkan Manjoi diserahkan kepada Menteri Besar Perak ketika itu, Tajol Rosli Ghazali, PKNPK dan Jabatan Perancangan Bandar.

                  Pada 29 Januari 2003, Jawatankuasa Perancangan negeri telah bersetuju untuk membangunkan Gugusan Manjoi, supaya standing kawasan lain di Ipoh, seperti Silibin, Jelapang, Pasir Puteh dan Pengkalan, yang mana masing-masing mempunyai kompleks komersial dan rumah moden tersendiri.



RUMAH KEDAI JALAN RAJA KG MANJOI


Alamat Pejabat Daerah & Tanah Kinta:
Kompleks Pejabat Daerah & Tanah Kinta, Ipoh,
Lorong Pasar, Kampung Sungai Tapah 30020 Ipoh, Perak.




MYDIN Mall Manjoi, Ipoh
Lorong Pasar, Kg Sungai Tapah,
Gugusan 
Manjoi, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan


                             MASJID 2 TINGKAT AR RAHMAN KG TERSUSUN SG TAPAH

Asal Usul Teluk Batik, Perak

                         

Perincian maklumat

             Teluk Batik dinamakan Teluk Batak pada zaman awal kewujudannya. Walau bagaimanapun pada 26 April 1974 nama Teluk Batak telah ditukar kepada Teluk Batik. Pantai yang terletak lebih kurang 6.5 kilometer daripada Bandar Lumut adalah sebuah destinasi pelancongan dan perkelahan yang ideal untuk dikunjungi kerana memiliki kemudahan-kemudahan istimewa yang diperlukan sebagai tempat pelancongan menarik.
                 
             Pantainya yang panjang dan berlatar belakangkan hutan hujan tropika menarik hati sesiapa sahaja yang memandang. Pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti chalet, gerai makan, tandas, tempat persalinan, tempat letak kereta dan taman permainan kanak-kanak. Kawasan pantai ini dikelilingi oleh keindahan hutan hujan tropika yang merimbun di bukit-bukit yang terdapat di sekelilingnya. Anggaran keluasan Teluk Batik ialah lebih kurang 60 ekar persegi manakala panjang pantainya adalah 1 km.



Teluk Batik Resort

Sejarah

                Sejarah Teluk Batik dikatakan bermula kedatangan kaum Batak dari Kepulauan Sumatera di Indonesia. Ceritanya bermula apabila pada zaman dahulu lanun-lanun dan perompak menjadikan perairan Selat Melaka tempat mereka merompak dan merampas hasil dagangan dan kepunyaan pemilik oaring-orang yang menggunakan laluan Selat Melaka tersebut. Ini tidak terkecualilah kaum Batak ini. Mereka menjadikan Teluk Batik yang ada sekarang tempat perlindungan daripada ancaman lanun dan perompak tersebut. Dari situ bermulalah penempatan kaum Batak dan tempat tersebut telah dipanggil Teluk Batak.

                 
                  Diberitahu oleh kebanyakan penduduk asal berhampiran (Kampung Teluk Muruk dan Kampung Padang Tembak) panggilan Teluk Batak kekal sehinggal awal 80an, selepas itu oleh kerana panggilan Teluk Batak tidak sedap didengar maka ianya telah ditukar dengan panggilan Teluk Batik. Panggilan nama Teluk Batik kekal sehingga sekarang. Anggaran keluasan Teluk Batik ialah berukuran lebih kurang 60 ekar persegi. Nama
Teluk Batak ini telah ditukar kepada Teluk Batik secara rasminya pada 26 hb. April 1974.

Asal Usul Teluk Intan, Perak

Asal Usul Teluk Intan, Perak


Asal - Usul Nama Teluk Intan

          Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

            Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.

Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.

Info lain:

  • Nama asalnya ialah Teluk Mak Hitam.
  • Nama asalnya Teluk Mak Intan. Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan
  • Kemudiannya Telok Mak Intan telah di tukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu.

Bentuk Muka Bumi

                     Muka buminya mendatar dan hanya di Changkat Jong dan Tapah agak
tinggi sedikit. Tanah jenis aluvium, hasil limpahan lombong bijih timah daripada Batang Padang dan Lembah Kinta. Airnya keruh. Dahulu, likuan Sungai Perak diTeluk Intan ini penuh dengan hutan nipah dan bakau sehingga tahun 1970. Seberang Teluk Intan mengeluarkan atap nipah dan kayu bakau .

Geografi

             Bandar Teluk Intan di 4`Utara dan 101.5 `Timur , di sebelah pantai Barat Semenanjung Malaysia. Terletak di selatan negeri Perak, merupakan pusat pentadbiran bagi Hilir Perak. Bandar Teluk Intan di lingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini adalah bandar yang terbesar sekali di selatan Perak berbanding dengan Kampar, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datoh. Sungguhpun di luar Lebuh raya Utara Selatan, bandar Teluk Intan terus hidup dan pesat membangun.
                        

            Dari segi kedudukan bandar di Malaysia, Teluk Intan menduduki
tempat ke-17. Di Perak menduduki tempat ketiga. Ini menunjukkan bandar ini sangat penting. Bandar terdekat ialah Sabak Bernam, Bagan Datoh, Bidor, Tapah, Kampar dan Lumut. Bandar ini disambungkan dengan Lebuh raya Kayan ke Manjung, Lumut dan Pulau Pangkor. Laluan ke Tapah dan Bidor.